Kodiang simpan pelbagai sejarah
KODIANG AREA
Pembangunan
yang wujud akhirnya menyebabkan Kampung Kodiang yang dahulunya menjadi
pusat pentadbiran berubah kepada Pekan Kodiang yang ada sekarang.
Nama Kampung Kodiang Lama berasal daripada sebuah bukit iaitu Bukit Kodiang.
Jika diteliti daripada penerokaan awal, pinggir Bukit Kodiang menjadi tapak pertama yang dibuka secara rasmi, justeru tidak hairan jika nama Kodiang diambil sempena nama bukit tersebut.
‘Kodiang’ berasal daripada perkataan bahasa Thai iaitu ‘Kokding’ yang bermaksud Bukit Merah.
Bahasa Thai pula sememangnya tidak asing kerana terdapat beberapa rangkaian bukit dan nama tempat juga dalam bahasa Thai antaranya Bukit Keplu dan Changlun yang bermaksud Bukit Sireh dan Gajah Jatuh.
Pengaruh bahasa Thai adalah disebabkan hubungan politik yang rapat dengan kerajaan Siam di utara.
‘Lama’ muncul apabila wujudnya Pekan Kodiang yang baru terletak ke utara sedikit dari kampung tersebut.
Kewujudan Pekan Kodiang adalah selaras dengan pembangunan yang dialami iaitu pembinaan jalan raya yang menghubungkan Jitra dengan Arau, Perlis dan juga Pekan Sanglang dan Pekan Changlun di sebelah timur dan barat.
Pertemuan persimpangan ini dapat memusatkan penduduk dan aktiviti seharian serta memungkinkan kewujudan pekan kecil yang baru.
Bagaimanapun akhirnya Kampung Kodiang hilang kepentingan sebagai pusat tumpuan dan persinggahan.
Sementara itu, perkataan ‘Dalam’ lahir apabila sekali lagi projek pembangunan melalui kampung ini.
Pada 1967, merujuk kepada pembinaan terusan di Kampung Kodiang yang dinamakan Terusan Utara dibina melalui dan merentasi kampung ini dan menyebabkan Kampung Kodiang terbelah kepada dua iaitu sebelah dalam dan luar.
Akhirnya ia membawa kepada pengasingan pentadbiran kampung iaitu Kampung Kodiang Lama Luar dan Kampung Kodiang Lama Dalam.
Berdasarkan sejarah, kawasan Kampung Kodiang dianggarkan dibuka sejak pertengahan kurun ke 14 lagi.
Ini berdasarkan fakta sejarah iaitu Kota Siputeh pernah menjadi kota pemerintahan kerajaan Kedah selama 300 tahun (1321- 1619) iaitu seramai enam keturunan kesultanan Kedah pernah bersemayam dan mangkat di kota ini sebelum berpindah ke Kota Naga.
Sumber ini daripada Penulis dan Penyelidik Sains Sosial Universiti Sains Malaysia, Mahazir Ramlee.
Apa kata orang lama
Generasi keempat yang berasal daripada Kampung Kodiang Lama, Harun Husain, 72, ketika ditemui Sinar Harian menceritakan serba sedikit apa yang diketahuinya mengenai asal usul kampung itu yang banyak nilai sejarahnya.
Bukti penemuan sejarah yang mengatakan bahawa Gua Kerbau yang terletak di Kampung Kodiang Lama pernah menjadi pusat melatih tentera Kedah untuk menentang kerajaan Siam semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1804- 1843).
Tengku Anom adalah tokoh yang memainkan peranan dalam mengembalikan takhta kerajaan Kedah kepada Tengku Ahmad Tajuddin dengan menjadikan Daerah Kubang Pasu sebagai pusat serangan.
Harun berkata, seperti yang dia tahu, orang lama terdahulu pernah menceritakan bahawa asal usul nama Gua Kerbau wujud apabila terdapat seekor kerbau yang kalah dalam acara berlaga kerbau lari masuk ke dalam gua berkenaan.
“Dahulu terdapat orang berlaga kerbau di sebuah padang di Kodiang Lama, kata mereka kerbau yang kalah telah lari masuk ke gua dan hilang selepas itu.
“Kemudian beberapa lama selepas itu dipercayai terdapat satu batu yang menyerupai bentuk kerbau yang sedang tidur di pintu masuk gua berkenaan dan dari situlah agaknya timbul nama gua tersebut sebagai Gua Kerbau berdasarkan cerita-cerita orang lama,” katanya.
Bagaimanapun Harun berkata, sejak Gua Kerbau dinaikkan taraf sekitar 1995, ia mula membangun dan menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar negara sekali gus menjadikan Kodiang sebagai destinasi pelancongan.

GUA KERBAU LOKASI RAHSIA HULUBALANG
(http://www.jejakwaris.com/sejarah.html)
Sebenarnya
kajian dan lawatan saya ke Gua Kerbau ini dah lama, awal tahun 2010.
Masa tu saya pulang ke kampung menghilangkan lelah dan stress dek tugas
yang tak habis-habis di Kuala Lumpur, inilah kebaikan ada kampung
halaman. Bila balik dapat tengok sawah padi, alor dan sungai buat diri
tenang dan mengimbau kisah masa kanak-kanak dulu. Best giler la masa tu
ikut mesin padi serkap ikan, la ni budak-budak kena selut sikit pon dah
komplen bau busuk. Takpa la mungkin zaman dah berubah tetapi ada perkara
yang kita tak patut lupakan walaupon zaman dah moden, kita kena
sentiasa ingat siapa diri kita dan sejarah bangsa. Dari situ kita
akan kenal jatidiri.
Mendengar namanya juga agak unik GUA KERBAU, ini dikatakan dahulunya terdapat banyak kerbau liar datang berehat di gua ini dan terdapat juga batu yang menyerupai bentuk Kerbau. Semasa saya berkunjung disini saya singgah sebentar di gerai minuman yang terdapat bersebelahan Gua Kerbau, ada seorang makcik lalu saya bertanya dengan siapa saya boleh dapat info tentang Gua Kerbau ni. Lalu makcik tu pon berkata 'anak tunggu sat na, sat lagi boleh jumpa Abang Nin boleh tanya dia'. Lalu saya pon memesan segelas air sirap. Saya ditemani isteri masa tu, selalu dia bukan nak ikut saya redah belukar semua ni tetapi hari tu dia saja kot nak ikut, aku mengalukan atleast dia support minat aku ni. Orang lain minat gadjet, iPhone, kereta kontrol hang minat besi buruk (keris, tombak & sundang), kubuq, kitab lama, hey dunia dah millenium' itulah gurauan seorang sahabat, tetapi tak apalah masing-masing dengan minat masing-masing.
Sementara menunggu Abang Nin saya pon keluarkan camera dan snap gambar-gambar Gua Kerbau yang terletak di bawah BUKIT KEPLU yang berdekatan pekan Kodiang Kedah. Gua Kerbau adalah gua batu kapur yang banyak terdapat di utara Tanah Melayu. Selalunya di dalam gua-gua ini ada banyak lingkaran gua yang boleh menyambung antara satu sama lain serta terdapat mata air didalamnya. Itulah uniknya gua batu kapur.
Akhirnya Abg Nin orang yang arif tentang sejarah GUA KERBAU tiba, umpama 'pucuk dicita ulam mendatang', maka aku perkenalkan diri dan hajat bertandang ke sini. Aku terus menceritakan tentang kajian aku berkaitan senjata lama terutama keris, berhajat untuk melihat keris-keris utara yang dikatan ada pengaruh keris Sumater/Palembang dan Patani. Abg Nin kata dahulunya diceritakan oleh orang tua-tua, di celahan dinding Gua Kerbau yang terdapat lubang-lubang seolah 'para' (rak) tersusun keris, tombak dan pedang dan disusun bertingkat-tingkat. Tergamam aku, betapa banyaknya keris di dalam gua ini. Namun hari ni semua khazana ini telah hilang sama ada ghaib dicuri atau telah diambil pihak muzium sebagai simpanan.
Sambungnya lagi, pernah datangnya seorang rakyat Indonesia, yang mencari Gua Kerbau dikatakan dalam mimpinya susurgalur beliau menyuruh ambil sebilah keris milik keluarga, setelah mengikut laluan seperti didalam mimpi maka diketemukan keris pusaka tersebut, diceritakan keris tersebut keluar daripada celahan batu dan terpancar cahaya kehijaun, ternganga aku dengar kisah ini. Sama juga kisah seorang SIAM datang mencari keris pusaka keluarga yang dikatakan ada di Gua Kerbau, lalu ditemuinya sebilah keris berhulu dan bersampir (sarung) gading. Namun beberapa hari lepas itu beliau datang dan memulangkan kembali ke Gua Kerbau kerana dikatakan ada khadam dan dia tak sanggup simpan. Abang Nin berikan dua nama untuk saya cuba jejak keris-keris utara, seorang di Anak Bukit dan seorang lagi di Yan Kedah. InsyaAllah akan menziarahi mereka untuk melihat sendiri senjata-senjata lama umat melayu yang banyak berjasa.
Jika kita lihat ada satu perkara yang unik iaitu kedatangan orang Indonesia dan Siam ke tempat yang sama mencari keris pusaka. Mungkin inikah bukti dimana angkatan-angkatan hulubalang Kedah dahulunya di beri pertolongan oleh penduduk nusantara menentang SIAM kafir. Jika 4000 hulubalang dikatakan pernah mendiami dan mempersiapkan diri menentang SIAM disini mungkin ada sebahagian mereka orang-orang nusantara yang kita tahu selama ini memang mempunyai hubungan baik dengan orang Kedah.
Menurut Abang Nin lagi, semasa pelancaran pusat rekreasi Gua Kerbau dan lawatan YTM Tengku Intan Syafinaz, penduduk kampung telah membawa 2 ekor gajah Siam untuk berada di majlis. Diceritakan apabila gajah tersebut melintasi Gua Kerbau tiba-tiba kedua-dua ekor gajah ini berhenti mengejut dan duduk mengangkat belalai kearah gua ini seolah-olah menghormati seseorang dan gajah ini mengundur lalu mengikut jalan lain untuk ke tapak majlis pelancaran. Terpinga-pinga sekalian yang hadir.
Semasa saya dan Abang Nin serta 4 orang lagi sahabat beliau yang bersama-sama duduk berbual, di bangku depan pintu masuk gua, kami diberitahu oleh seorang kenalan abg Nin yang sama-sama berada di situ mengatakan seseorang sedang memerhati kita, ini setelah aku menceritakan pasal kajian keris dan sebagainya, sahabat tersebut menjeling kearah muka gua, selang beberapa minit menjeling beliau memberitahu 'Fairus, ada Pendekar dok dengaq cerita hang' aku tanya dimana?...dia 'tunjuk kearah muka gua...'Tu dok berdiri sambil qiam tangan kat dada dok pegang keris dan sepersalinan Pendekar berwarna biru gelap'...aku terdiam..tak tau nak response. Kata beliau tadi masa aku belum datang tak ada pulak, bila aku datang dia tunjukkan diri dan seolah-olah berminat mendengar cerita aku tentang keris, Kedah Tua dan kisah kaitan dengan Gua Kerbau. Sahabat ini pengamal Silat Abjad sejenis Silat Tua dan ilmu ghaib di utara semenanjung dan dikatakan mampu melihat apa yang orang biasa tak dapat melihat...Wallahualam.
Iktibar dari pengkisahan ini adalah pahlawan-pahlawan dahulu kala bertungkus lumus dan sanggup bersusah payah serta mengadai nyawa demi menjaga maruah Agama, Bangsa dan Negara. Mereka sanggup menyahut seruan jihat berperang dengan musuh Allah. Mampukah kita menjadi cekal dan kuat seperti mereka jika kita diperlukan?. Mereka-mereka ini dipenuhi dengan ilmu didada dan keyakinan yang padu terhadap kekuasaan Allah. Jadi setidaknya marilah kita menghargai usaha mereka dengan mengetahui kisah-kisah mereka dan kongsilah dengan anak-anak kita tentang kehebatan pahlawan-pahlawan kita dahulukala. Alfathiah buat pejuang-pejuang kita.

Apakah kaitan Kedah dengan Jambi, Sumatera dan apakah kaitan Kandis Kedah dengan Kerajaan Kandis di Sumatera? Menurut lisan orang tua-tua, Kedah adalah awal tamadun Melayu, sejak sebelum Masehi lagi dan awalnya Bahasa Melayu Baku dipertuturkan sebelum Indonesia, Kerajaan Melayu Jambi, Kuantan Sengigi, Johor Riau, Kelantan Siak, Melayu Kampar dan Terengganu Riau di Sumatera dipercayai Kerajaan pendatang...dari mana kah datangnya kerajaan-kerajaan tersebut???
ReplyDelete